Nak Jual Rumah Subsale Di KL Atau Selangor? Aiman Sedia Bantu!
Aiman sedia bantu pemilik rumah untuk jual rumah subsale dengan lebih cepat, mudah dan ikut harga pasaran semasa. Semua urusan jual beli diuruskan. Dari penilaian, pemasaran, hingga ke urusan peguam dan bank.
Saya, Aiman Allam(REN 31570), telah membantu lebih 80 pemilik rumah menjual hartanah mereka dengan lancar, selamat dan harga yang memuaskan mengikut harga pasaran di kawasan Kuala Lumpur & Selangor.
“Rumah saya terjual dalam masa singkat atas bantuan Aiman. Terima kasih! – Tuan Zulkifli, Cheras.”
Anda Sedang Hadapi Masalah Ini?
Rumah Lama Tak Terjual – Dah lama iklankan, tapi masih tak ada pembeli serius. Ramai tengok, tapi semua senyap. Mungkin iklan tak kena cara. Rumah terus terbiar, hati makin risau.
Harga Jual Tak Tepat – Letak harga terlalu tinggi, buyer tak pandang. Letak rendah, rasa rugi. Bila harga tak ikut pasaran sebenar, rumah susah nak dijual dan akhirnya terus tersadai tanpa pembeli.
Urusan Dokumen Rumit – Tak tahu dokumen apa perlu sedia, apa yang patut urus dulu. Risau tersilap langkah? Silap satu dokumen pun boleh buat proses jual beli sangkut, lambat, malah gagal terus.
Pembeli Hilang Minat – Buyer nampak minat, tapi lepas viewing terus senyap. Ada yang tiba-tiba hilang tanpa khabar. Semua ni biasa jadi bila tiada tapisan awal yang betul-betul saring pembeli serius.
Bagaimana Aiman Bantu Selesaikan Masalah Anda?
Aiman Sedia Bantu Anda Hingga Rumah Anda Terjual!
Strategi Pemasaran Aktif
Iklan meluas di platform popular & rangkaian pembeli sedia ada.
Penilaian Tepat Harga Pasaran
Pastikan rumah anda tak underprice atau overpriced.
Urusan Dokumen Lengkap A-Z
Tak perlu risau proses, Aiman urus semuanya.
Follow-up Pembeli & Bank
Pastikan pembeli yang serius sampai ke peringkat SPA.
Kenapa Anda Perlu Memilih Aiman?
Kenapa Pemilik Rumah Pilih Saya Sebagai Ejen Mereka?
Penilaian harga pasaran PERCUMA
Dapatkan anggaran harga rumah anda yang tepat mengikut keadaan semasa pasaran
Urusan lengkap: iklan, viewing, SPA, bank, lawyer
Saya uruskan semua dari A-Z supaya anda tak perlu pening fikir setiap proses penjualan.
Jaringan pembeli aktif & verified
Rumah anda akan dipromosikan kepada pembeli sedia ada yang serius & layak.
Update status penjualan secara berkala
Saya akan maklumkan perkembangan terkini supaya anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku.
Proses Jual Beli Hartanah
Berikut merupakan proses ringkas untuk jual beli hartanah anda:
Langkah 1 : Hubungi saya untuk konsultasi percuma
Mulakan dengan hubungi saya melalui WhatsApp atau telefon untuk bincang situasi rumah anda & apa yang anda perlukan.
Langkah 2 : Penilaian harga pasaran
Saya akan bantu buat penilaian harga rumah anda mengikut keadaan semasa pasaran supaya anda tak jual terlalu murah atau terlampau tinggi.
Langkah 3 : Tandatangan perjanjian ejen (Letter of Appointment)
Jika bersetuju, kita akan tandatangan Letter of Appointment (LOA) sebagai ejen sah untuk mulakan urusan penjualan.
Langkah 4 : Saya iklankan rumah & urus viewing
Rumah anda akan diiklankan secara aktif di platform popular & rangkaian pembeli saya. Saya juga uruskan viewing untuk pembeli yang berminat.
Saya bantu runding harga dengan pembeli, serta uruskan proses dokumentasi & permohonan loan pembeli supaya semuanya lancar.
Langkah 6 : Tandatangan SPA & serah kunci dengan selamat
Apabila pembeli bersedia, proses akan dimuktamadkan dengan tandatangan SPA dan serah kunci rumah kepada pembeli dengan selamat.
Siapa Aiman Allam?
Hai, saya Aiman Allam (REN 31570) , ejen hartanah dengan pengalaman 7 tahun membantu lebih 80 pemilik rumah menjual hartanah mereka di kawasan Kuala Lumpur, Selangor.
Semua urusan dijalankan secara professional, selamat dan mengikut harga pasaran yang realistik.